Selasa, 15 September 2009

Bila ajal telah tiba...

Bila Ajal Telah Tiba


Hadith :

Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan

mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya

di tempat itu.”



Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain,

walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu

mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan

kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah

banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan

manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada

setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT

dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita

menemui ajal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan