Rabu, 18 November 2009

Cinta

Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan seseorang wanita itu rela membersihkan lantai rumah sambil menyanyi, selepas suaminya memijak lantai itu dengan kasutnya yang kotor...percayalah...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Cinta Dalam Hati- Ungu

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
asal kaupun bahagia dalam hidupku
dalam hidupku

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut hatiku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ku ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
mesti kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamaya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Multimedia memang best.....

Subjek sastera dalam multimedia dengan dr normaliza memang best,,memang terbaik la..hehe..ade mmber ckp kelas ne penat, stress, byk keje..memang betul tu semua..memang sesangat,(sori dr..) ape tidaknyer, sentiasa kena update facebook, blog, kena komen semua mmbr..mmg penat dengan internet yang sangat teruk linenye...nk nangis sesanagt..tp semua tu cam dugaan,kalu sabar dengan sume tu, dapat la tempuh dengan tenang n redha kan..alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan baik..yang paling penting group aku,nordin,mariani,ruhaya,hidayanie n nor mohammad (Lantera IImu namenye)memang sentiasa The Best la..hehe...hope sangat ble final exam nanti paper ne dapat aku buat yang terbaik n semestinya akan dapat A...kepada dr normaliza, u memang The Best la...banyak yang dipelajari...apa yang penting????KERJASAMA...

Hikmah Berdiam Diri...

> ibadah tanpa bersusah payah
> perhiasan tanpa berhias
> kehebatan tanpa kerajaan
> benteng tanpa pagar
> kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
> istirehat bagi kedua-dua malaikat pencatat amal
> menutupi segala aib

keje sampir selesai...

dari pagi mengadap laptop ne siapkn keje...hampir tghari segalanya hampir selesai...aku dengan penuh yakin n penat la jugak ne, siapkn keje...adeh...penat eh..nk solat dlu, partu maybe turun bli mknan...terasa pulak dh lapar..hehe...Alhamdulillah segalanya hampir selesai...

Banyaknye keje nk kene setel

Keje..,keje..,keje..,banyak betul nk kena setelkan...pagi2 lagi pas subuh dah buat list ape nk buat hujung minggu ne...nak keta setel kn blog ne yang utama...basuh kain yang dah seminggu xusik tu..huhu..bukan ape, bz sgt kn...xsempat nk basuh...kemas bilik, dh siap lap lg tau...,guna ajax..wangi dh bilik ne..hehe..roomate 2 org xde ne..akak noli kuar ngn bf, dayang pula siapkn asgmnt ngn shahrul..,zimah n aku kt bilik ne...boring gak ah..tp aku buat keje aku, n zimah buat keje die..masing-masing senyap...malasnya aku nk turun beli makan tghari..xpe la maybe petang sket kot turun..lagipon dh kenyang mkn roti n oat...nikmat jgk...hehe..nota utk final lom setel lg...nk kena kemas jgk..hampir terlupa lagi semiinggu nk final exam...hope aku boleh dapat yang lebih baik dari sem lepas yang xbpe ok tu...(ok la jgk tu)..hehe

FESNIK IV (Festival Nasyid) UPM

FESNIK memang best...Semalam (16hb 10) malam pergi la tgk FESNIK tu kt panggung percubaan yang kt dewan besar tu... strt je kumpulan pertama, teruja giler...memang best la...smlm dari kolej 14, KOSASS, KMR,KC,KPZ..,tu je kot..xingt dh...7group la smlm..memang best la...mlm ne ade lg,penutup...tak lupa jgk, kumpulan nasyid saujana ade smlm...memang best...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Ahad

hari ahad dh ari ne...rasa kjp je dari ari jumaat ari tu. cepat betul masa berlalu. dalam seminggu lps raya, cam macam perkara jadi. semuanya seperti ujian yang amat berat yang langsung tak terlintas akan terjadi sebegitu perkara... semuanya ujian yang Maha Esa. InsyaAllah aku akan kuatkn semangat hadapi segalanya...

Selasa, 15 September 2009

Solat benteng kekuatan iman, elak maksiat

SOLAT lima waktu adalah tiang agama wajib dikerjakan setiap Muslim yang mengaku dirinya hamba Allah. Seseorang yang meninggalkan solat bererti mereka bukan saja menderhaka kepada Allah, malah benteng keimanan individu terbabit dalam keadaan cukup lemah.




Mengerjakan solat dengan sempurna dapat membentuk pengukuhan iman sejati, sekali gus terselamat daripada melakukan maksiat kepada Allah. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu untuknya akan menjadi cahaya, petunjuk dan jaminan selamat pada hari akhirat. Sesiapa tidak memelihara solatnya, maka tidak mempunyai cahaya, petunjuk dan jaminan selamat, bahkan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dengan Karun, Firaun, Hamman serta dengan Ubay bin Khalaf.”



Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.







Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:



Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;



Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;







Dia akan dibenci oleh orang beriman.



Bala ketika saat meninggal dunia:



Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;



Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;



Dia dikhuatirkan kehilangan iman.



Bala di dalam kubur:



Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;



Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;



Bala di akhirat:



Hisab menjadi berat;



Dimurkai Allah SWT;



Diseksa Allah SWT dengan api neraka.



Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu.

Gurau dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.


Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,



"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.



"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.



"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.



"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".



"Ia tidak mampu".



Para sahabat yang berada di situ berkata,



"bukankah unta itu juga anak unta?"



Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,



"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .



"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.



Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".



"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.



Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,



"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".



Perempuan itu lalu menangis.



Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,



Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".



Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Bila ajal telah tiba...

Bila Ajal Telah Tiba


Hadith :

Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan

mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya

di tempat itu.”



Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain,

walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu

mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan

kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah

banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan

manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada

setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT

dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita

menemui ajal.

Kuasa cinta...

saya percaya pada kuasa cinta...
Cinta boleh membuatkan seseorang jadi gila. Cinta juga membuatkan orang bertenaga lebih kreatif dan sanggup berkorban. apatah lagi jika kita bercinta dengan Allah SWT, pasti kehiduoan kita lebih penting...

Anda tidak dicipta gagal...

Bila ku tidur ku mahu bermimpi berjaya...
Bila ku sedar ku mahu jadikan mimpiku itu suatu kejayaan....

Isnin, 14 September 2009

selamat hari raya..

salam semua...selamat menyambut hari raya aidilfitri..
semoga kalian semua berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan...

Sabtu, 12 September 2009

salam

salam perkenalan..
hari ini, saat ini, detik ini blog ne baru direka....seronoknya ada blog sendiri...hehehe